SEDEKAH UNTUK REDHA DAN RAHMAT ALLAH


Pertubuhan Amal Barakah Terengganu (MyAmbar) ditubuhkan sejak 2019 dengan misi utama untuk membantu anak-anak yatim, pelajar tahfiz, dan golongan asnaf melalui program kebajikan dan inisiatif berkaitan pendidikan, makanan, serta keperluan asas.
Objektif Penubuhan MyAmbar :
1. Membantu golongan yang memerlukan.
- Menyediakan bantuan makanan, pakaian, dan keperluan asas kepada anak yatim, pelajar madrasah, dan asnaf.
2. Menyokong Pendidikan Pelajar Tahfiz & Madrasah
- Memberikan sumbangan kepada madrasah dan pelajar tahfiz bagi memastikan mereka dapat belajar dan menghafal al-quran dalam keadaan yang selesa.
3. Menjalankan Kempen Kutipan Derma & Infaq
- Menggalakkan umat Islam untuk berkongsi rezeki dan menyumbang dalam bentuk wakaf, sedekah, dan z. Memudahkan Saluran Sumbangan Orang Ramai
- Menjadi platform yang telus dan amanah dalam menguruskan sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR Ahmad, at-Tabarani, ad-Daruqutni)
Dengan izin Allah, MyAmbar terus berusaha untuk menjadi jambatan kebaikan antara penderma dan penerima, memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Kenapa Perlu Bantu Anak Yatim, Asnaf & Pelajar Madrasah?
Kerana mereka sedang hidup dalam perjuangan — tapi dalam diam.
Anak Yatim
Mereka kehilangan ibu dan ayah…
Tapi tetap senyum, tetap cuba kuat.
Mereka tiada siapa untuk bergantung,
melainkan insan-insan prihatin seperti kita.
Bila kita bantu mereka,
kita bukan sekadar beri makan atau tempat tinggal.
Kita beri harapan. Kita ubah masa depan.
“Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan berada di syurga seperti ini…”
(HR Bukhari)
Pelajar Madrasah
Mereka bukan belajar untuk dapat gaji.
Mereka belajar untuk hafal Kalamullah.
Untuk sebarkan ilmu. Untuk terus hidup dalam jalan agama.
Tapi walaupun hati mereka besar,
madrasah tetap perlu beras, bil api, baju sekolah, kitab dan tempat yang selesa untuk mereka menghafal.
Mereka calon pewaris ulama.
Tapi mereka perlukan sokongan dunia untuk sampai ke akhirat.
“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari)
Golongan Asnaf
Mereka bukan malas. Bukan memilih jalan susah.
Tapi keadaan hidup menekan — gaji cukup-cukup makan,
anak-anak ramai, kos hidup makin naik.
Ada yang tak mampu beli buku sekolah,
ada yang anak mereka pandai tapi tak mampu sambung belajar.
Sedekah kita mungkin tak ubah dunia,
tapi cukup untuk ubah hidup satu keluarga.
“Dan berikanlah hak kepada kerabat, orang miskin dan ibnu sabil…” (Surah Al-Isra’ 17:26)
Kenapa Misi Ini Penting?
Kerana mereka tak minta banyak.
Mereka cuma perlu kita lihat, kita faham… dan kita hulur sedikit kasih.
Bila kita bantu mereka :
- Kita bina masa depan ummah
- Kita lunaskan tanggungjawab sosial
- Kita rebut peluang redha Allah
Dan yang paling mahal,
Kita dapat doa dari tiga golongan yang sangat dekat dengan Allah.
JOM SOKONG MISI MYAMBAR & MENCARI KERBERKATAN PAHALA DI DUNIA YG SEMENTARA INI
Ramai yang sangka sedekah hanya untuk membantu orang lain… Hakikatnya, sedekah adalah untuk kita sendiri!
Setiap kali kita bersedekah, kita sedang menabung untuk akhirat & membuka pintu rezeki tanpa kita sedar.
- Menyucikan harta & meluaskan rezeki
- Menolak bala & memberi ketenangan jiwa
- Menjadi bekalan akhirat yang takkan putus
Semoga dengan sokongan & infaq anda,
- Allah limpahkan rezeki yang luas dan berkat
- Dikurniakan kesihatan yang baik dan ketenangan hati
- Dimurahkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka
- Dilapangkan segala urusan dunia & akhirat
- Diganjarkan pahala berlipat ganda dan diterima sebagai amal jariah yang berkekalan