“YA ALLAH, MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA MELALUI PINTU SEDEKAH” 

Salam Subuh semua. Hari ni aku nak share tentang Ajaibnya Sedekah Subuh.

Di Fb banyak yang dah share tentang amalan sedekah subuh ni. Aku tak pernah amal pun, tahun2 sebelum ni. Tapi bila aku join circle Cikgu Nora Yusof, ada daily task yang diajar, salah satunya adalah sedekah Subuh.

Memula aku buat sorang start awal tahun hari ni. Takda magik apa pun cumanya dah jadi habit baru, lepas solat subuh, aku akan cari tabung. Aku pilih 1 nilai yang aku mampu untuk istiqamah buat setiap hari. Aku tak harapkan magik apa2 pun cuma berdoa dipanjangkan pahala ni untuk Abah, aruah mak aku, suami dan anak2 aku.

Rupanya, dalam tak sedar, aku dapat selesaikan 2 hutang tertunggak yang masing2 berjumlah 4 angka. Allah lorongkan cara yang mudah dan masalah dapat diselesaikan. Allah bagi rezeki dalam bentuk hati tenang dan minda waras untuk cari jalan keluar.

Kalau ikutkan rasional ekonomi aku ni macam mustahil nak selesaikan hutang tu dalam masa terdekat. Tapi macam aku pernah kata, Allah nak bagi rezeki sekelip mata dia boleh bagi dan kalau nak tarik rezeki yang ada, sekelip mata juga kita akan hilang segala2nya. Aku percaya semua ni dari Allah.

Bila aku dah rasa keajaiban ni, aku panjangkan amalan ni kepada suami dan anak-anak aku. Tak dapat masuk duit kertas, duit syiling pun takpa. Asalkan istiqamah hari-hari.

Dan Ramadhan kali ni sangat istimewa, aku dapat keajaiban lagi. Sejak perkahwinan kedua aku ni, tak pernah sekali suami aku menjadi imam. Solat 5 waktu pun tak pernah. Sedih memang sedih tapi aku percaya hati manusia Allah yang pegang.

Salah satu doa aku, Ya Allah ya Tuhanku, berilah taufik dan hidayahmu kepada suamiku untuk menjadi imamku dan memimpinku ke JannahMu. Allah maha pengasih, dia maqbulkan doa aku dalam bulan yang berkat ini, allahuakbar.

Allah maha berkuasa, sekelip mata dia ubah hati keras suami aku yang bertahun-tahun aku hadap karenahnya yang culas solat. Hati aku menjadi tenang setenangnya. Indah sungguh perasaan ini.

Last but not least, ada satu keajaiban yang aku rasa patut share dengan korang, dulu bila jadi single mum dengan anak-anak yang sedang membesar, komitmen jadi tinggi tetiba, struggling sangat, aku memang sentiada ada perasaan “takut tidak cukup”.

So aku jadi takut nak memberi sampaikan dengan anak-anak pun aku berkira. Risau tidak cukup makan. Aku letakkan diri aku dalam situasi tidak mampu memberi. Tapi sekarang, tidak lagi. Lagi aku rasa bulan ni banyak komitmen yang perlu dibayar, lagi banyak aku memberi. Allah kurniakan perasaan “sentiasa cukup” dan tidak sayangkan dengan apa yang aku beri/ sedekah. Allahuakbar, indah sungguh perasaan ini.

Sesiapa yang bersedekah di subuh hari malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal soleh, dakwah dan jihad kita di dunia.

Dan jangan biarkan ada satu pagipun yang berlalu tanpa bersedekah sebab itu sama saja kita mengundang kerosakan dalam hidup sebagaimana doa malaikat yang satunya di setiap pagi hari.

– Hamba Allah yang bahagia dalam kesederhanaan (Bukan nama sebenar)


Rezeki Kerana Sedekah

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.

Surah Al-Baqarah : 245


.


JANGAN BERTANGGUH DENGAN SEDEKAH!

Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah  Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), 

“Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan  termasuk orang-orang yang saleh.” [SURAH AL MUNAFIQUN AYAT 10]



    JOM INFAQ !! 

 SLOT INFAQ MADRASAH TAHFIZ QURAN DIBUKA SEKARANG !! 

Oleh yang demikian, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput Tuan Puan menjadi di antara 1000 orang penyumbang yang sudi untuk bantu kami cukupkan dana KOS  PENGURUSAN TAHFIZ QURAN






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (SGD)
INFAQ Untuk Ayah & Ibu RM200
INFAQ DISEMBUHKAN PENYAKIT (SGD100)
INFAQ PERMUDAH URUSAN (SGD50)
INFAQ MURAH REZEKI (SGD30)
SUMBANGAN IKHLAS (SGD20)
SEDIKIT TAPI ISTIQOMAH (SGD10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (SGD)
Caj Perkhidmatan Peniaga (SGD)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN